KESIMPULAN

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.  Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari.  Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.  Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.

            Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran, pekerjaan  dan pergaulan sesama rakan sekerja.  Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri. Sekiranya latihan ini tidak diadakan maka keadaan yang agak sukar akan dilalui oleh para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, didapati bahawa latihan ini amat penting dan banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan kepada pelajar.


            Akhirnya setelah berjaya mengikuti Latihan Industri ini, pelatih dapat melihat sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit manis semasa latihan dijalankan. Di sini saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap sepanjang saya berada di pejabat  ini. Staf-staf , terima kasih kerana telah menerima dan melayan saya dengan baik serta memberi tunjuk ajar dengan penuh keikhlasan. Semoga Allah membalas jasa anda semua. Insyallah.Amin...

No comments:

Post a Comment