Semasa
menjalani latihan industri di Mushin Life Planner Seri Manjung, Perak. Latihan
industri adalah perkara yang wajib bagi setiap pelajar menamatkan pengajian di
Politeknik Malaysia. Setelah latihan industri ini tamat dijalankan, selama lima
bulan, saya berpendapat latihan seperti ini adalah berpatutan dan wajar
disertakan sebagai satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik-Politeknik
Malaysia, kerana latihan industri memberi pelbagai manfaat kepada pelajar.
Mereka bukan sahaja dapat memantapkan pengetahuan mereka dalam bidang yang
dipilih, malah juga dapat menghadapi suasana kerja yang sebenarnya. Oleh itu,
saya ingin memberikan sedikit cadangan dan juga komen agar latihan industri ini
dapat memberi pendekatan kepada pelajar-pelajar yang akan datang untuk mencapai
objektif dan matlamat latihan industri secara maksimum.
CADANGAN
KEPADA POLITEKNIK
Pihak
Politeknik perlu bertanggungjawab untuk menerangkan kepada pihak syarikat akan
ojektif latihan industri. Pihak Politeknik hendaklah memberikan garis panduan
perlaksanaan latihan industri kepada syarikat.Pihak Politeknik harus memberi
pendedahan yang secukupnya berkaitan syarikat yang dipilih oleh pelajar
Politeknik. Pelajar baru mengenali alam pekerjaan dan berani untuk menghadapi
suasana yang berbeza serta menyesuaikan diri. Selanjutnya, pihak Politeknik juga
harus mengambil langkah untuk mendedahkan syarikat – syarikat yang akan memberi
latihan kepada pelajar Politeknik serta mengetahui objektif berkaitan latihan
industri. Pihak Politeknik harus memastikan agar pelajar didedahkan kepada
kerja – kerja yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih.
Saya juga bercadang agar masalah pengangguran
juga dapat dikurangkan apabila pelajar dibenarkan untuk meneruskan kerja mereka
di syarikat yang sama. Terdapat sebilangan syarikat yang menggunakan kesempatan
ini untuk menjadikan pelajar praktikal sebagai pekerja sementara. Mengikut
latihan industri, seseorang pelajar tidak semestinya melakukan satu jenis
tugas, pelajar hendakah mempelajari sebanyak mungkin tugas kerja yang terdapat
bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya.Pelajar haruslah
berterima kasih kepada pihak syarikat atas kesanggupan menerima pelajar Politeknik
sebagai pelajar pratikal.
CADANGAN
KEPADA PIHAK SYARIKAT
Pihak
syarikat terlebih dahulu hendaklah mengetahui apakah tujuan sebenar
pelajar sesi menjalani latihan industri
di tempat terseebut. Pihak syarikat perlu mengadakan satu sesi temuduga sebelum
pelajar memulakan latihan praktikal supaya pihak syarikat dapat mengetahui
latar belakang dan kebolehan pelajar.Pihak syarikat yang menerima pelajar untuk
menjalani latihan industri ini seharusnya menyediakan satu rancangan program
latihan industri bagi tempoh yang ditetapkan. Pelajar-pelajar latihan industri
ini seharusnya diberikan jadual tugasan pada hari pertama sewaktu induksi .
Justeru, pihak syarikat juga harus
menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar praktikal. Pihak syarikat boleh
meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi seseorang pelajar
dengan memberi komen dan cadangan agar pelajar tersebut dapat memperbaiki
kelemahan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Pihak syarikat
hendaklah mengelakkan dari memberi arahan yang berbeza-beza kepada pelajar. Hal
ini kerana pelajar akan berasa keliru apabila mendapat arahan yang berbeza
daripada staf yang berlainan. Kesilapan dalam tugasan yang di arahkan dapat
dielakkan sekiranya pihak syarikat memberi arahan yang betul dan tepat.
CADANGAN
KEPADA PARA PELAJAR
Para
pelajar politeknik yang mengikuti latihan industri seharusnya berfikiran
positif dalam apa jua keadaan yang berhadapan. Pelajar seharusnya menerima
semua tugasan yang diberikan oleh pihak syarikat dengan minda yang terbuka.Ada
syarikat yang menyuruh para pelajar untuk membancuh air untuk para pengurus.
Dlam konteks ini pelajar tersebut haruslah melakukannya dengan fikiran terbuka
dan tidak terpengaruh dengan para pekerja lain di syarikat tersebut. Adalah
tidak elok bagi pelajar untuk menolak sebarang kerja lebih lagi tidak melawan
cakap peenyelia kerana ini akan menjejaskan nama dan imej Politeknik. Jangan
seperti bahkata pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga. Dalam apa jua
keadaan yang berhadapan pelajar harus mencuba sedaya upaya untuk menjaga nama
baik Politeknik. Tujuan latihan industri adalah untuk para pelajar mengenali
dan menyesuaikan diri dengan alam pekerjaaan.
Pelajar perlu memberi penumpuan yang
sepenuhnya dalam kerja-kerjanya. Segala tuntuk ajar yang diberikan oleh pihak
syarikat hendaklah difahami dan dipraktikkan dalam kerja-kerja yang dilakukan
.Pelajar-pelajar juga hendaklah bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang
diberikan oleh syarikat dan menggunakan dengan sebaik-baiknya. Pelajar-pelajar
juga hendaklah mematuhi segala peraturan yang berkaitan dengan syarikat untuk
mendisiplinkan diri sendiri . Nama pelajar dan status Politeknik hendaklah
dijaga semasa menjalani latihan supaya syarikat tersebut menaruh kepercayaan
yang sepenuhnya kepada kita dan pengambilan pelajar praktikal yang seterusnya
boleh menjalani latihan industri pada masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment